Program Jualan Gudang bersama Skynet

16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kusial Bharu bersama-sama Skynet telah mengadakan sesi jualan gudang yang berlansung di Pusat Internet Kusial Bharu bermula jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Jualan ini bertujuan untuk mewawarkan kepada komuniti kewujudan kemudahan penghantaran barang menggunakan Skynet yang telah bertapak di Pusat Internet Kusial Bharu. Selain itu, jualan ini juga bertujuan untuk membantu komuniti membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran biasa. Program ini mendapat sambutan hangat dari komuniti setempat dan secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dan mencapai tujuan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali